Assalamualikum dan salam sejahtera,..,., Nama ku kalo samar-samaran nh waktu budak hingusan dipanggil Apek,tah la knp,rasanya dulu budak keja sebelah aku nh mualaf,nama dia Achong,mybe sebab tu kot aku dpt nama apek,tp hakikatnya nama sebenar aku nh yang didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Malaysia Johari Bin Abdullah dan Kerajaan Thai(dua kerakyatan.,.,heheh),tp nama nh bukan nama yang emak n ayah aku letak,tetapi nama yang di letak oleh nenek aku(arwah atuk aku nama Johari..,hehe).Parents aku nh suka badminton,so nama yang dorang nak nh Jalani(time tu badminton Malaysia jagoan).,haha.,,sampai sekarang nama aku bila balik kampung akan bertukar,dikampung hanya berapa kerat saja yang panggil aku Johari.,.,no choice,aku xkisah,apa la ada pada nama nh,kalau nama sedap tapi perangai buruk x guna jugakkan?Mengikut salinan surat beranak,tempat kelahiran aku nh di rumah nenek aku saja di Kampung Pulau Ketam,Kuala Perlis,Perlis,pada jam 10.00 pagi 27 May 1985(bidan sambut nama dia Makcik Peah),.Tapi zaman dulu-dulu nh mak aku xsempat hantar pergi hospital.Mengikut tahun 1430H ni umur aku dh menjangkau 24thn,alhamdulillah nampaknya usia semakin meningkat,kesihatan pun so far still bagus,demam-demam tu biasa la,its a normal as a human.Dalam keluarga aku nh anak yang ke 2 dari empat beradik,2lelaki dan 2 perempuan.Kiranya aku ni pewaris harta la sebab anak lelaki yang sulung.,hahhaa.,mcm la ayah aku nh kaya dan jutawan.,hahakahak. Dari segi pemakanan,aku bukanlah seorang yang sangat cerewek,aku makan saja apa pun kecuali budu daN non-halal,.makanan yang sedap-sedap dan mahal ni aku dah biasa dan muak,almaklumkn dah setahun dok keja kat F&B Department CHSA,macam-macam aku dh makan,tp yang paling best adalah makanan chinese style@chinese set,sebab memang sedap dan multi variens,kalau masakan melayu nh dia macam tu ja,kurma n etc,jemu doll.,.bukan nk menghina,tp ni aku punya makanan,so aku punya suka la,apa aku peduli kan.,.,Sukan?hurm.,.dulu waktu sekolah memang aku aktif sampai kan ke MSSM,tp bila dah habis sekolah tu,masuk alam kerja,tah kenapa semuanya aku dh lupakan dan kurang berminat,tapikan yang aku suka dari kecik-kecik sampai sekarang adalah laga ayam dan laga ikan(best,macam-macam lubuk dan telaga aku pergi)benda haramkan so mestilah seronok. Perenggan ni aku akan ceritakan pula pengalaman aku yang manis,jadi aku amik pengalaman manis yang terbaru lah kan,waktu aku kerja kat MUlti Nasional Company dalam 2tahun berkhidmat kat situ aku telah dihantar ke Negara Matahari Terbit,walaupun hanya 2 minggu,tapi memang best,merantau tempat orang,boleh kita tengok Japanase style face to face.Memang dkat sana eficient dan tersusun,tapi yang tak tahannya kat sana masalah pemakanan,nak dapat halal food agak payah,orang tua (setaraf arwah atuk aku) masih lagi bekerja sebagai operator dan yang buruknya omputih pun taktau,jadi ayam dengan itik,mmg ada jurubahasa,tapi tak mungkin dia akan duduk dengan aku sepenuh masa,dihantar kesana utk mendapat pengalaman kerja dan kajian mengenai flow prosess yang akan ditranfer ke Malaysia,disana benda ni dah lapuk dan akan dihantar ke Malaysia sebagai teknologi terbaru(10 tahun kehadapan).Dah cukup.., aku cerita pengalaman aku nh,byk sangat, Aku jenis buta IT,tp aku selalu masuk forum dan berbincang dengan taiko-taiko IT yang ada kat Malaysia nh,so secara tak langsung kawan aku akan bertambah.Ruangan forum yang aku selalu joint seperti Putera,Neology Lab,Geekzlife,Bleepingcomputer dan macam-macam lagi lah.Dekat situ sebarang masalah kita boleh bincangkan,diaorang akan bimbing sampai prob kita tuh selesai,bukan mudah nk dapat anak melayu yang sanggup bantu bangsa sendiri dan meluangkan masa dan membayar domain server yang mahal. Aktivit di kampung kalau aku balik?hurm.,.,oleh sebab aku ni 100% anak nelayan,so aktiviti nelayan la yang akan buat.Memancing dekat tengah laut,memang best,mabuk?hehe,xpun sebab dah biasa.Lemas?its a best memorial,waktu kecil aku dulu dicampak kedalam sungai,then budak-budak kampung akan gelak pastu xmau tolong,so memang aku lemas,tah cmna aku terpikir kalau x berenang ni memang aku dah padam,xjumpa u all semua,so aku gamble ja berenang,sampai juga kat tangga,lepas ja jadi cmtu,esoknya trus aku nekad belajar berenang(umur 4thn aku dh berenang)hehehe.,., Lepas kelas?apa lagi,tidoq la,benda sedap,recharge bateri utk overnight malam.,., Sekian karangan aku yang tidak menepati etika DBP. Assalamualikum.
Safe Palestine!!!
more about me? http://profiles.friendster.com/user.php
For IT interesting url this : http://putera.com http://geekzlife.net http://neologylab.com http://malaysiaav.com http://cekapcomputer.com
For Mcm2 ada url this : http://google.com (tanya pakcik google)
http://profiles.friendster.com/user.php |