Salamsejahtera semua… Alkisah….tanggal 17hb Dec 1986 seorang bayi kecil perempuan yang comel telah dilahirkan ke dunia. Hasil perkongsian hidup Azizah a/p Mase dan Hamid B.Mohd tot.Mereka merupakan kedua ibu bapa ku.. aku sangat sayangkan mereka…kerana tanpa mereka aku tidak dapat menikmati keindahan dunia nie dan kerana mereka aku menjadi seperti sekarang.Orang pertama yang aku lihat dimuka dunia nie adalah mak bidan..aku telah disambut oleh bidan kampung pada waktu itu..Maklum la aku dilahirkan dikampung..Aku pun tak tahu..mak bidan tue cantik ke,tua ke,muda ke..apa yang aku tahu dia pompan dan merupakan makcik aku...aku panggil dia mak uda som tapi sekarang dia dah tua yela kisah nie dah 23 tahun berlalu.Setelah aku dilahirkan aku merupakan permata yang amat berharga bagi kedua orang tua aku..maklum la aku kan anak sulung mereka.Aku rasa baik aku perkenalkan diri aku..nama aku Hafiza binti hamid..Tapi aku rasa lagi selesa kalau orang panggil aku fieza.senang nak ingat sikit..umur aku tahun nie 23 tahun.Tapi,memandangkan aku lahir pada bulan 17hb December maka sekarang nie aku berumur 22 tahun.Aku merupakan anak sulung dan merupakan anak tunggal pompan dalam keluarga aku.Aku ada 2 orang adik..kedua-dua adik aku laki.so,kepada laki-laki diluar sana korang tak ada harapan nak ngarat adik aku..huhuhuhuhuwarna yang aku gemari kalau ikutkan semua warna aku suka.tapi yang paling aku suka ialah warna yang lembut je macam colur biru,hijau pucuk pisang,pink,dan apa-apa je la yang berwarna lembut.Makanan kegemaran aku..tah la aku pun tak tau sebabnya aku nie suka makan huhuhuhuhuhu…tapi yang paling aku suka mestilah masakan mak aku..sedap tau..alangkah bagusnya kalau aku pandai masak cam mak aku..bab minuman kegemaran lak aku paling la suka minum air asam boi.kawan aku Eva yang ajar aku minum.Mula-mula aku x leh nak minum..sal masam sangat.tapi lama-lama aku mula suka lak minum.Majalah kesukaan aku..aku nie kurang membaca majalah kalau tengok gambar tue aku suka la…sukan..aku paling suka bersukan.sebab dari sekolah rendah lagi aku bergiat dalam bidang sukan terutamanya bidang olaraga.aku paling suka lompat tinggi,lompat kijang,lompat jauh dan pendek kata segala aktiviti lompat-lompat la aku suka.mungkin sebab aku dulu suka main lompat getah kot..Hobi masa lapang aku..aku paling suka kacau kawan-kawan aku dak class aku semestinya..orang yang paling aku suka kacau mestilah teman baik aku eva,sha.ain. dan malinna huhuhuhuhuhuhu…sori geng.kalau kat rumah aku paling suka kacau abah,mak dan dua orang adik aku.kenagan paling manis dalam hidup aku yang mungkin tidak dapat aku lupakan semestinya kenagan aku bersama kawan-kawan aku kat adtec shah alam.sebab kat sini aku mula bergaul dengan orang ramai..kalau dulu aku tak ada keyakinan diri nak bergaul dengan orang.peristiwa yang tidak dapat aku lupakan sampai sekarang..aku masih ingat lagi masa aku nak balik sini mak dan abah aku terlibat dalam kemalangan kecil.dalam perjalanan nak balik rumah aku kat bidor.akibat daripada kemalangan tue mak aku patah tangan.masa aku dapat tahu berita tue..tuhan je yang tau perasaan aku..aku pun tak tau nak gambarkan perasaan aku pada korang.Binatang yang paling aku takuti kat dunia nie..aku rasa lntah,pacat,ular dan ulat.eee….geli geleman aku kalau Nampak mahluk-mahluk nie.hilang kebrutalan aku bila Nampak mahluk-mahluk nie..Kebiasaannya aku paling suka melayari laman web youtube,Friendster dan macam-macam lagi la..Kalau balik kampung aktiviti yang paling aku sukai mestilah mandi sungai dan main sampan.sebab kat Bandar air sungai kotor contoh terbaik yang dapat aku berikan sungai klang..korang semua mesti tau macam mana kotornya sungai klang tue kan???Biasanya lepas habis kelas aku akan tidor.tak pun kalau ada aktiviti sukan aku mesti turun main.tapi sekarang aku ada aktiviti baru iaitu tgk citer inuyasha.best tau.. |