Notification [x]
pesta pukat ikan
Bookmark:
 
 
About
Author:
fazlur rahman
Blog URL:
http://malaysiamaya.com/blogs/takeq_21
Tags:
Description:
PASIR MAS: Lebih 400 penduduk kampung di sekitar Chetok meraikan hari keluarga dengan menganjurkan pesta memukat ikan di Tasik Danau Uban, di sini, semalam.

Pesta julung kali anjuran Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali itu menyaksikan penduduk bergotong-royong menyediakan menu hidangan istimewa daripada hasil memukat ikan.

Sejak jam 9 pagi semalam, penduduk setempat, terutama golongan lelaki, beramai-ramai turun ke tasik memukat dan berjaya menaikkan kira-kira 10 kilogram ikan, termasuk toman, lampam jawa, belida dan sepat siam.

Golongan wanita turut tidak ketinggalan menyediakan hidangan gulai asam pedas pelbagai spesies ikan air tawar dan ayam panggang.





Penduduk, Ismail Awang Sulaiman, 50, berkata dia seronok dapat menyertai pesta memukat ikan itu kerana ia julung kali dianjurkan membabitkan penduduk dan pemimpin.

“Dulu pesta seperti ini sekadar dihadiri penduduk setempat. Biasanya kami akan turun beramai-ramai ke dalam tasik untuk memukat pelbagai jenis ikan sebelum dijadikan lauk.

“Program seperti ini baik kerana dapat merapatkan hubungan antara pemimpin dan penduduk setempat,” katanya yang juga peniaga.
 
My Options
Blogs Home
Browse Blogs
My Blogs
Create Blog
Bookmark Blog
 
Report
Best Of MalaysiaMAYA.com
Spam
Mature
 
Blog Photos
 
Subscribe
 
New Page 2