Notification [x]
VTEC HISTORY
Bookmark:
HONDA VTEC
MEMBER
Photobucket
Photobucket

HONDA..nk cite sikit tentnag VTEC..

mmm..korg msti penah dgr VTEC..VTEC nie korg tau xmaksud die?? xtau?? kt sini aku cite la sket apa itu VTEC..VTEC adalah kependekan bagi Variable Valve Timing and lift Electronic Control (Pemasaan dan bukaan Injap Boleh Laras Kawalan Elektronik). VTEC adalah sistem pemasaan injap boleh laras yang diperkenalkan oleh Honda bagi meningkatkan kecekapan volumetrik enjin, dan sistem VTEC adalah sistem pemasaan injap boleh laras komersial pertama digunakan dalam industri automotif. Sistem VTEC dicipta oleh jurutera R&D Honda, Ikuo Kajitani.

1) VTEC konvensional (SOHC dan DOHC)

    -Sistem VTEC yang paling asas ialah DOHC VTEC. Di dalam sistem ini, sistem VTEC mengawal pemasaan dan bukaan bagi kedua-dua injap masukan dan injap ekzos. Setiap aci sesondol mempunyai 2 sesondol bagi setiap silinder - sesondol bukaan kecil dan sesondol bukaan besar. Semasa kelajuan rendah, sesondol bukaan kecil digunakan secara lalai bagi penjimatan minyak. Semasa kelajuan tinggi, solenoid elektronik membuka laluan minyak ke pin pengunci sesondol bukaan besar dan tekanan minyak mengunci pin sesondol bukaan besar. Akibatnya, sesondol bukaan besar digunakan untuk kuasa maksimum. Apabila kelajuan enjin kembali menurun, solenoid tersebut dimatikan dan pin pengunci dilepaskan, menyebabkan sesondol bukaan kecil digunakan kembali.

Photobucket

Bagi SOHC VTEC, mekanisme yang digunakan adalah sama tetapi aci sesondol tunggal tersebut hanya boleh mengawal pemasaan dan bukaan injap masukan sahaja.

Photobucket

2) VTEC-E

    -VTEC-E berfungsi dengan cara yang berbeza; jika VTEC konvensional digunakan untuk meningkatkan kuasa enjin, VTEC-E pula direka bagi penjimatan bahan api yang maksimum. Di dalam sistem VTEC-E, hanya satu sahaja injap masukan yang dibuka secara lalai pada kelajuan rendah bagi penjimatan bahan api yang maksimum. Pada kelajuan tinggi, tekanan minyak menolak pin mengunci yang mengunci injap masukan kedua, membolehkan kedua-dua injap masukan digunakan.

Photobucket

3) VTEC 3 Peringkat

    -VTEC 3 Peringkat menggabungkan kedua-dua teknologi VTEC-E dan VTEC konvensional. Pada kelajuan rendah, hanya 1 injap masukan sahaja dibuka secara lalai. Pin pengunci pertama mengunci injap masukan kedua semasa kelajuan enjin sederhana manakala pin pengunci kedua digerakkan untuk membolehkan sesondol bukaan besar digunakan pada kelajuan tinggi. Dengan ini, enjin yang menggunakan VTEC 3 Peringkat dapat memanfaatkan kedua-dua penjimatan minyak dan peningkatan kuasa enjin.

Photobucket

4) i-VTEC

    -i-VTEC menggabungkan teknologi pemfasaan sesondol yang digunakan oleh sistem pemasaan injap boleh laras yang lain dengan teknologi VTEC sedia ada bagi mengurangkan "kejutan kuasa" semasa mekanisme VTEC berfungsi

Photobucket

jangan terkejut..VTEC juga der pada motosikal..selain pada enjin kereta, Honda turut menggunakan teknologi VTEC pada beberapa model motosikalnya. Ia mula digunakan pada motosikal Honda CBR400F Super Four HYPER VTEC, dan seterusnya pada motosikal Honda VFR800
Photobucket
Photobucket

21/08/2008 0 comments | Add Comment
 
 
About
Author:
Syed
Blog URL:
http://malaysiamaya.com/blogs/syedshakiran
Tags:
HONDA VTEC
Description:
menerangkan serba sedikit tentang operasi sistem dalam VTEC
 
My Options
Blogs Home
Browse Blogs
My Blogs
Create Blog
Bookmark Blog
 
Report
Best Of MalaysiaMAYA.com
Spam
Mature
 
Blog Photos
 HONDA VTEC
 
 
Subscribe
 
New Page 2