|
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
| Author: |
jovinson |
| Blog URL: |
http://malaysiamaya.com/blogs/murahrezeki
|
| Tags: |
|
| Description: |
Tentang 'Murah Rezeki' dan 'Anak'
*******************************************************************************
Pagi tadi berkenaan anak & rezeki.
Siapa pernah minta doa murah rezeki? Tipu lah kan kalau kita jawab tak pernah sekali pun!
For most of us, paling busuk pun at least sekali - mesti pernah memanjatkan doa untuk dimurahkan rezeki.
Tapi ramai juga terlupa nak sambung, "biar lah rezeki itu dari rezeki yg halal dan baik......"
(peringatan untuk diri ibu sendiri.....)
Pagi tadi kat radio, Ustaz tu berkongsi cerita, masa sessi kaunseling untuk ibu bapa .... ada ibu bapa yang mengadu nasib kat Ustaz....
"Tak tau kenapa dan apa silap kami sehingga anak kami ni nakal / jahat / kurang ajar / biadap / ponteng sekolah / gagal periksa / hisap ganja / minum arak / seks rambang / etc / etc / etc .... Pelajaran & tuisyen, kami utamakan. Kelas agama & mengaji, kami upah khas ustaz datang mengajar. Buku/peralatan sekolah lengkap. Makanan lazat dan sihat. Duit belanja sekolah secukupnya. Pengangkutan terurus. Rumah selesa. Waktu berkualiti / percutian bersama keluarga pun kami tak lupa. Kami sendiri pun sebagai ibu bapa, rasanya menunjukkan contoh yang elok kepada anak kami (puasa, solat, mengaji, budi bahasa, etc, etc ). Tapi kenapa pulak dia jadi macam ni, perangai tak senonoh? Kami buntu Ustaz. Tak tau apa silap kami."
Apabila ditanya tentang perkara2 atau contoh2 buruk yang mungkin ada dilakukan oleh ibu bapa tersebut, hampir kesemuanya dinafikan sekeras2 nya.
Setelah puas soal selidik latar belakang ibu bapa, secara zahir & logiknya, Ustaz berpendapat memang tidak masuk akal kenapa anak tersebut sanggup berperangai sebegitu sehingga tidak menyenangkan hati & perasaan ibu bapa tersebut.
Tapi kebingungan terurai apabila satu soalan cepumas diajukan kepada ibu bapa tersebut.
"Macam mana dengan sumber pendapatan tuan & puan? Adakah dari punca rezeki yg halal dan baik?"
Kedua ibu bapa tersebut terus terdiam. Membisu seribu bahasa.
Pertanyaan di ulang sekali lagi.
Berdesing bagai halilintar menembusi gegendang telinga kedua ibu bapa tersebut, menyedarkan mereka dari lamunan mereka selama ini.
Walaupun pada zahirnya mereka itu nampak sama sahaja seperti kebanyakan ibu bapa muslim moden yg lain; dari kalangan keluarga yang baik2, berpendidikan sederhana-tinggi, kerjaya yang bagus dan boleh diterima di mata masyarakat, bekerja dari pagi sampai petang, TETAPI soalan Ustaz yang terakhir itu membuatkan mereka teringat kepada perkara-perkara lain yang telah terlepas pandang dari mata kasar mereka sebelum ini.
Mereka teringat akan ......
Habuan dari kontraktor/konsultan samada yang bentuk kewangan secara tunai atau caruman tetap ke akaun semasa setiap bulan ataupun yang berbentuk barangan yang berharga mahupun pakej percutian, malahan juga bantuan mengubahsuai kediaman atau perkhidmatan membaikpulih kenderaan tanpa sebarang caj yang diterima atau diminta tanpa segan silu.....
Sogokan wang dari pembekal agar proses penyemakan dan pembayaran bil dipercepatkan dari tempoh yang sepatutnya tanpa sebarang dokuman pengesahan .....
Tuang kerja dalam lingkungan 1-2 jam setiap hari. Antaranya hasil himpunan waktu dari keluar sarapan, tengahari, minum petang lebih dari waktu yang dihadkan, melayari internet selain dari tujuan rasmi bekerja, berborak bergossip dengan kawan sepejabat atau melalui telefon, membelek majalah hiburan yang tiada kena mengena dengan soal kerja - kesemuanya tanpa rasa bersalah dan tanpa rasa perlu untuk menggantikan semula jam-jam yang terhimpun itu ......
Membuat tuntutan perjalananan yang lebih dari had / polisi yang ditetapkan ......
Membuat tuntutan palsu seperti 'reimbursement of claims / out of pocket expenses' untuk menjamu & melayan klien, walhal membawa family pergi makan2 di restoran mana-mana, membeli hadiah untuk klien atau rakan niaga ketika urusan melawat kilang di luar negara, walhal membeli cenderahati untuk sanak saudara dan kawan2 sepejabat, meminta peniaga menaikkan harga yang ditulis dalam resit pembelian agar boleh membuat tuntutan lebih walhal kos sebenar yang dibelanjakan jauh lebih rendah......
Dan sebagainya.......
Dan sebenarnya perkara-perkara diatas jika dikira semula dan ditukar ke bentuk wang tunai, jumlahnya secara purata bulanan mungkin sahaja melebihi dari jumlah gaji yang rasmi tercetak di slip gaji ibu bapa tersebut.
Sang ibu bapa itu tersentak dari mimpi buruk mereka.
Kelu lidah untuk berkata.
Tapi terasa seperti sebilah pisau yang tajam menikam menembusi jantung, disusuli dengan perahan limau nipis ke atas luka tikaman yang masih berdarah itu.
Mereka tersedar, rupa-rupanya anak mereka sebenarnya selama ini bukanlah dibesarkan dengan sumber pendapatan yang boleh dikira sebagai rezeki yang halal dan baik .......
Ustaz bertanya secara umum, siapa yang tidak mahukan murah rezeki? Rezeki yang melimpah ruah?
Kalau kita berdoa dan berusaha bersungguh, insyaALLAH akan dikabulkan.
TAPI kita jangan lupa berusaha keras dan tekad berdoa agar rezeki yg murah dan melimpah ruah yang dikurniakan kepada kita untuk menampung dan menyara keluarga kita, adalah dari sumber yang halal dan baik.
Justeru, agar darah yang mengalir dan daging yang memejal dalam tubuh kita, suami/isteri kita, anak-anak kita, cucu-cucu kita juga akan terbit dan terbentuk dari sumber rezeki yang halal dan baik; tanpa syak dan ragu-ragu.
********************************************************************
Ada kala balasan untuk perbuatan kita di"bayar" tunai depan mata.
Persoalannya, samada kita sedar atau tidak?
Kita manusia. Mudah lupa Mudah lalai. Mudah leka.
Catatan hari ini sekadar ingat mengingat kan sesama kita, lebih-lebih lagi peringatan untuk diri ibu sendiri, ke jalan yang lebih lurus dan benar dan bercahaya.
Semuga dapat kita fikir-fikirkan bersama dan mengambil pengajaran yang sewajarnya.
Tepuk dada tanya selera. |
|
|
|
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
|
 |
|
 |
|
 |
 |
|
******************************************************************************* Pagi tadi berkenaan anak & rezeki.
Siapa pernah minta doa murah rezeki? Tipu lah kan kalau kita jawab tak pernah sekali pun!
For most of us, paling busuk pun at least sekali - mesti pernah memanjatkan doa untuk dimurahkan rezeki.
Tapi ramai juga terlupa nak sambung, "biar lah rezeki itu dari rezeki yg halal dan baik......" (peringatan untuk diri ibu sendiri.....)
Pagi tadi kat radio, Ustaz tu berkongsi cerita, masa sessi kaunseling untuk ibu bapa .... ada ibu bapa yang mengadu nasib kat Ustaz....
"Tak tau kenapa dan apa silap kami sehingga anak kami ni nakal / jahat / kurang ajar / biadap / ponteng sekolah / gagal periksa / hisap ganja / minum arak / seks rambang / etc / etc / etc .... Pelajaran & tuisyen, kami utamakan. Kelas agama & mengaji, kami upah khas ustaz datang mengajar. Buku/peralatan sekolah lengkap. Makanan lazat dan sihat. Duit belanja sekolah secukupnya. Pengangkutan terurus. Rumah selesa. Waktu berkualiti / percutian bersama keluarga pun kami tak lupa. Kami sendiri pun sebagai ibu bapa, rasanya menunjukkan contoh yang elok kepada anak kami (puasa, solat, mengaji, budi bahasa, etc, etc ). Tapi kenapa pulak dia jadi macam ni, perangai tak senonoh? Kami buntu Ustaz. Tak tau apa silap kami."
Apabila ditanya tentang perkara2 atau contoh2 buruk yang mungkin ada dilakukan oleh ibu bapa tersebut, hampir kesemuanya dinafikan sekeras2 nya.
Setelah puas soal selidik latar belakang ibu bapa, secara zahir & logiknya, Ustaz berpendapat memang tidak masuk akal kenapa anak tersebut sanggup berperangai sebegitu sehingga tidak menyenangkan hati & perasaan ibu bapa tersebut.
Tapi kebingungan terurai apabila satu soalan cepumas diajukan kepada ibu bapa tersebut.
"Macam mana dengan sumber pendapatan tuan & puan? Adakah dari punca rezeki yg halal dan baik?"
Kedua ibu bapa tersebut terus terdiam. Membisu seribu bahasa.
Pertanyaan di ulang sekali lagi.
Berdesing bagai halilintar menembusi gegendang telinga kedua ibu bapa tersebut, menyedarkan mereka dari lamunan mereka selama ini.
Walaupun pada zahirnya mereka itu nampak sama sahaja seperti kebanyakan ibu bapa muslim moden yg lain; dari kalangan keluarga yang baik2, berpendidikan sederhana-tinggi, kerjaya yang bagus dan boleh diterima di mata masyarakat, bekerja dari pagi sampai petang, TETAPI soalan Ustaz yang terakhir itu membuatkan mereka teringat kepada perkara-perkara lain yang telah terlepas pandang dari mata kasar mereka sebelum ini.
Mereka teringat akan ......
Habuan dari kontraktor/konsultan samada yang bentuk kewangan secara tunai atau caruman tetap ke akaun semasa setiap bulan ataupun yang berbentuk barangan yang berharga mahupun pakej percutian, malahan juga bantuan mengubahsuai kediaman atau perkhidmatan membaikpulih kenderaan tanpa sebarang caj yang diterima atau diminta tanpa segan silu.....
Sogokan wang dari pembekal agar proses penyemakan dan pembayaran bil dipercepatkan dari tempoh yang sepatutnya tanpa sebarang dokuman pengesahan .....
Tuang kerja dalam lingkungan 1-2 jam setiap hari. Antaranya hasil himpunan waktu dari keluar sarapan, tengahari, minum petang lebih dari waktu yang dihadkan, melayari internet selain dari tujuan rasmi bekerja, berborak bergossip dengan kawan sepejabat atau melalui telefon, membelek majalah hiburan yang tiada kena mengena dengan soal kerja - kesemuanya tanpa rasa bersalah dan tanpa rasa perlu untuk menggantikan semula jam-jam yang terhimpun itu ......
Membuat tuntutan perjalananan yang lebih dari had / polisi yang ditetapkan ......
Membuat tuntutan palsu seperti 'reimbursement of claims / out of pocket expenses' untuk menjamu & melayan klien, walhal membawa family pergi makan2 di restoran mana-mana, membeli hadiah untuk klien atau rakan niaga ketika urusan melawat kilang di luar negara, walhal membeli cenderahati untuk sanak saudara dan kawan2 sepejabat, meminta peniaga menaikkan harga yang ditulis dalam resit pembelian agar boleh membuat tuntutan lebih walhal kos sebenar yang dibelanjakan jauh lebih rendah......
Dan sebagainya.......
Dan sebenarnya perkara-perkara diatas jika dikira semula dan ditukar ke bentuk wang tunai, jumlahnya secara purata bulanan mungkin sahaja melebihi dari jumlah gaji yang rasmi tercetak di slip gaji ibu bapa tersebut.
Sang ibu bapa itu tersentak dari mimpi buruk mereka.
Kelu lidah untuk berkata.
Tapi terasa seperti sebilah pisau yang tajam menikam menembusi jantung, disusuli dengan perahan limau nipis ke atas luka tikaman yang masih berdarah itu.
Mereka tersedar, rupa-rupanya anak mereka sebenarnya selama ini bukanlah dibesarkan dengan sumber pendapatan yang boleh dikira sebagai rezeki yang halal dan baik .......
Ustaz bertanya secara umum, siapa yang tidak mahukan murah rezeki? Rezeki yang melimpah ruah?
Kalau kita berdoa dan berusaha bersungguh, insyaALLAH akan dikabulkan.
TAPI kita jangan lupa berusaha keras dan tekad berdoa agar rezeki yg murah dan melimpah ruah yang dikurniakan kepada kita untuk menampung dan menyara keluarga kita, adalah dari sumber yang halal dan baik.
Justeru, agar darah yang mengalir dan daging yang memejal dalam tubuh kita, suami/isteri kita, anak-anak kita, cucu-cucu kita juga akan terbit dan terbentuk dari sumber rezeki yang halal dan baik; tanpa syak dan ragu-ragu.
******************************************************************** Ada kala balasan untuk perbuatan kita di"bayar" tunai depan mata.
Persoalannya, samada kita sedar atau tidak?
Kita manusia. Mudah lupa Mudah lalai. Mudah leka.
Catatan hari ini sekadar ingat mengingat kan sesama kita, lebih-lebih lagi peringatan untuk diri ibu sendiri, ke jalan yang lebih lurus dan benar dan bercahaya.
Semuga dapat kita fikir-fikirkan bersama dan mengambil pengajaran yang sewajarnya.
Tepuk dada tanya selera.
| |
 |
|
|
| |
|
 |
|
|
|