Notification [x]
"..Selamat Datang Ke CoffeeHONEY's Blog.."
Bookmark:
PSP
MEMBER
Anda Seorang Gamers..? Sejauh Mana Anda Mengenali PSP..?

Urmm..adalah menjadi satu kegilaan remaja Malaysia kini bagi mendapatkan konsol buatan Sony Computer Entertainment ini. Termasuk saya sendiri.. (beru je beli 25 Oktober 2008..hehe)

PlayStation Portable atau lebih dikenali sebagai PSP merupakan sebuah alat elektronik yang hebat. Selain berfungsi untuk bermain games, ia juga mampu mengendalikan pemain mp3, video, melayari internet dan dapat digunakan untuk mengambil gambar (dengan kamera tambahan). Selain itu, ia merupakan konsol pertama seumpamanya di dunia yang menggunakan Optical Disc Format yang dikenali sebagai Universal Media Disc atau UMD, memang gempak tu..!!

Mula dipasarkan di Jepun pada 12 Disember 2004, dan di negara-negara lain sekitar Mac hingga September 2005 dengan model PSP 1000 series. Kemudian, ia divariasikan dengan rekabentuk baru yang lebih dikenali sebagai Slim and Lite dengan model PSP 2000 series, yang kemudiannya di pasarkan di sekitar September 2007.

Antara maklumat lain tentang PSP:
  • CPU - MIPS R4000-based clocked from 1 to 333Mhz.
  • System Storage - Memory Stick Duo dan Memory Stick PRO Duo.
  • Connectivity - Wi-Fi (802.11b). IrDA, USB

If korang ada maklumat lain, contohnya.web nak download free games ke..info psal PSP 3000 series ke..atau apa2 maklumat tentang PSP, diharap dapatlah balas blog ni yer..

Sekian, thanx..
15/11/2008 0 comments | Add Comment
TIGA Soalan dan Jawapannya PENAMPAR..!!
MEMBER
Tentang TIGA Soalan...

Pemuda: Anda siapa Dan apakah bisa menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?
Kiyai: Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan anda.
Pemuda: Anda yakin? Sedangkan Profesor dan ramai orang yang pintar tidak mampu menjawab pertanyaan saya.
Kiyai: Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya.
Pemuda: Saya ada 3 pertanyaan:-

  1. Kalau memang Tuhan itu ada,tunjukan wujud tuhan kepada saya
  2. Apakah yang dinamakan takdir
  3. Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukan ke neraka yang dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan. Sebab merekamemiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?

Tiba-tiba Kiyai tersebut menampar pipi pemuda tadi DENGAN DERAS..!!

Pemuda (sambil menahan sakit): Kenapa anda marah kepada saya?
Kiyai: Saya tidak marah...Tamparan itu adalah jawapan saya atas 3 pertanyaan yang anda ajukan kepada saya.
Pemuda: Saya sungguh-sungguh tidak mengerti.
Kiyai: Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda: Tentu saja saya merasakan sakit.
Kiyai: Jadi anda percaya bahawa sakit itu ada?
Pemuda: Ya!
Kiyai: Tunjukan pada saya wujud sakit itu!
Pemuda: Saya tidak boleh.
Kiyai: Itulah jawaban pertanyaan pertama...kita semua merasakan kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat wujudnya.
Kiyai: Apakah tadi malam anda bermimpi akan ditampar oleh saya?
Pemuda: Tidak.
Kiyai: Apakah pernah terfikir oleh anda akan menerima tamparan dari saya hari ini?
Pemuda: Tidak.
Kiyai: Itulah yang dinamakan takdir.
Kiyai: Terbuat dari apa tangan yang saya gunakan untuk menampar anda?
Pemuda: Kulit.
Kiyai: Terbuat dari apa pipi anda?
Pemuda: Kulit.
Kiyai: Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda: Sakit.
Kiyai: Walaupun syaitan dijadikan dari api dan neraka juga terbuat dari api, jika Tuhan menghendaki maka neraka akan menjadi tempat yang menyakitkan untuk syaitan.
10/11/2008 1 comments | Add Comment
TAHUKAH ANDA..??
MEMBER
Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy,
jurugambar dikenali sebagai paparazi. Perkataan itu
dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem
La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini
pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah
kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh
dikenali dengan nama papa Razzi.


Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta
700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama
digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu
cap bendera.


Tahukah Anda perkataan May Day yang diulang sebut
ketika berlaku kecemasan, baik di laut atau
udara berasal daripada bahasa Perancis M'aidez
yang bermaksud ''tolong saya''. Perkataan Mydin
yang tertera pada Pasaraya Mydin pula bukan bermaksud
ia dimiliki oleh pelawak terkenal Maideen.


Tahukah Anda kedua belah kaki kita tidak sama besar
kerana sebelah adalah kaki kanan dan sebelah lagi
adalah kaki kiri. Namanya saja sudah tidak sama jadi
tentunya besarnya juga tidak sama.


Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga
digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet
ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain
kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk
menarik kereta bukanlah magnet.


Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila
diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori
oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya
benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa
ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.


Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun
telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer
daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun
tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang
burung mempunyai alamatnya yang tersendiri
sebenarnya.


Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng
adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari
segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang
yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng
apabila dia berasa lapar.


Tahukah Anda
gunung berapi yang berusia tiga ratus
tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi
mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah
kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya
selama tiga bulan.


Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung
tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta
dunia ialah Orang Utan.


Tahukah Anda antara kereta kebal dan tok guru ilmu
kebal, ahlak kereta kebal adalah lebih baik kerana
kereta kebal walaupun ia kebal tapi tak pernah
membanggakan diri dan riak akan kekebalannya.


Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat
jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita
akan mengalami satu tindakbalas yang berupa
kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai
ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam
yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.


Tahukah Anda
walaupun hidup beribu tahun kalau tak
sembahyang tiada gunanya..hehe~
10/11/2008 1 comments | Add Comment
 
About
Author:
Nurazmi
Blog URL:
http://malaysiamaya.com/blogs/coffeehoney
Tags:
Description:
terima kasih di atas kesudian anda untuk singgah ke blog mie ni..& diharap anda berpuas hati dengan apa yang dicanangkan dan dapat memberikan komen bagi setiap yang dipaparkan..

kerjasama anda amat mie hargai..
salam sahabat buat semua..
 
My Options
Blogs Home
Browse Blogs
My Blogs
Create Blog
Bookmark Blog
 
Report
Best Of MalaysiaMAYA.com
Spam
Mature
 
Blog Photos
 TAHUKAH ANDA..??
 PSP
 
 
Subscribe
 
New Page 2